Updated with the news report from Praxis Nov/Dec edition (Newsletter of Malaysian Bar).
I have won the second prize for this year Legal Essay Competition in National Language organised by Bar Council, Dewan Bahasa and Institut Terjemahan Negara.
The topic is "Akta Cukai Pendapatan: Siapa dapat, dia dicukai. Bincangkan." The first prize winner is an Associate Professor from UiTM. The third prize winner is also an Associate Professor from International Islamic University.
The panel of judges comprise of Yang Arif Datuk Zaharah Binti Ibrahim (High Court Judge, Shah Alam), Puan Hendon (Member of Bar Council) and representatives from DBP and ITN.
I receive a trophy, a dictionary and cash prize from Dato' Bentara Istana Dato' Nik Hashim (Federal Court Judge) who represents Chief Justice, Yang Amat Arif Tun Dato Seri Ahmad Fairuz.
The full text of the essay can be accessed at http://hwessay.blogspot.com
The excerpt is as following:
"2. Perdebatan tentang unsur kesukarelaan dan paksaan dalam percukaian
Cukai dalam konsep moden merupakan suatu sumbangan berbentuk kewangan yang dikenakan oleh negara ke atas rakyatnya untuk kebaikan masyarakat secara umumnya.
John Rawls dalam bukunya “A Theory of Justice” [i] telah menghuraikan unsur keadilan dari segi pembahagian kekayaan. Menurut beliau, sumber sosial mesti dilepaskan kepada kerajaan supaya kerajaan dapat membekalkan khidmat awam kepada masyarakat serta membolehkan kerajaan membahagikan kekayaan demi membantu mereka yang miskin atau kurang upaya. Cara mendapatkan sumber hasil yang dimaksudkan oleh John Rawls adalah melalui percukaian.
Robert Nozick [ii] pula menyangkal pendapat John Rawls. Beliau mengibaratkan percukaian dari pendapatan seperti buruh paksaan. Beliau berhujah sekiranya seseorang bekerja untuk memperolehi pendapatan dan membayar cukai berdasarkan kadar peratusan daripada pendapatan, maka kadar yang diterjemahkan kepada masa berkerja adalah kerja paksa yang dikenakan oleh negara. Nozick mempersoalkan tentang rasional pembahagian secara paksaan melalui percukaian. Sebagai alternatifnya, Nozick mengutarakan konsep derma secara sukarela untuk mencapai kesamarataan.
Saya berpendapat percukaian adalah berbeza dari segi buruh paksaan atau penghambaan. Beban kewangan serta hak yang dikongkong oleh buruh paksaan dan penghambaan adalah dalam julat yang berbeza sama sekali dengan percukaian. Tambahan pula, teori Nozick tersebut hanya akan meninggikan jurang pendapatan antara mereka yang berada dengan mereka yang kurang berada. Iaitu, orang kaya akan menjadi lebih kaya, manakala orang miskin menjadi lebih miskin.
[i] John Rawls, A Theory of Justice (Revised Edition), Harvard Universitiy Press, 1999, ms247.
[ii] Robert Nozick, Anarchy, State and Utopia, Oxford: Basil Blackwell, 1974, ms169. "